Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKes kemurungan meningkat 25 peratus ketika pandemik Covid-19

Kes kemurungan meningkat 25 peratus ketika pandemik Covid-19

Kes kebimbangan dan kemurungan di seluruh dunia telah meningkat lebih 25 peratus kerana pandemik Covid-19, lapor laman berita Wion News semalam.

Menerusi taklimat saintifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan terdapat peningkatan sebanyak 25.6 peratus dalam kes kecelaruan keresahan (anxiety disorder) di seluruh dunia.

Selain itu, terdapat peningkatan sebanyak 27.6 peratus dalam kes kecelaruan episod kemurungan major atau Major Depressive Disorder (MDD) pada 2020.

“Dari segi skala, ini adalah peningkatan yang sangat besar. Ini menunjukkan bahawa Covid-19 telah memberi impak besar kepada kesihatan mental dan kesejahteraan orang ramai,’’ kata ahli jabatan kesihatan mental dan penggunaan bahan WHO, Brandon Gray kepada AFP.

Lonjakan besar dilihat di tempat yang paling terjejas oleh Covid-19 dari segi jangkitan harian yang tinggi. Golongan wanita dan kanak-kanak perempuan lebih terjejas berbanding lelaki.

Terdahulu pada Oktober, satu laporan menyatakan bahawa wanita merupakan penduduk yang paling teruk terjejas ketika pandemik. Kajian Lancet melaporkan bahawa kes kemurungan dan kebimbangan telah meningkat lebih daripada satu perempat hanya dalam tahun pertama penularan.

Terdapat 374 juta kes kecelaruan keresahan di seluruh dunia pada 2020. Daripada jumlah tersebut, hampir 76 juta adalah kes baharu yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments