Monday, October 21, 2024
HomeBERITALelaki cedera tertikam paha sendiri

Lelaki cedera tertikam paha sendiri

Seorang lelaki cedera akibat tertikam paha sendiri ketika melakukan kerja memasang papan iklan di sebuah pusat beli-belah terkemuka siang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.24 petang sebelum empat anggota bersama sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba pada 5.48 petang, pasukan perubatan APM mendapati mangsa adalah seorang lelaki berusia 29 tahun tertikam paha kanan ketika memasang papan iklan menyebabkannya terjatuh.

“Mangsa mengalami kecederaan kesan daripada tikaman itu sebelum rawatan awal segera diberikan mangsa sebelum dia dihantar ke hospital berhampiran,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments