Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAKonflik Rusia-Ukraine : Kedutaan Rusia di Malaysia siar mesej berbahasa Melayu jelas...

Konflik Rusia-Ukraine : Kedutaan Rusia di Malaysia siar mesej berbahasa Melayu jelas konflik

Pejabat misi diplomatik Rusia hari ini memuat naik satu lagi rakaman visual mengenai pencerahan konflik dengan Ukraine dalam mesej berbahasa Melayu sepenuhnya.

Ia disiarkan secara eksklusif menerusi laman sosial rasmi kedutaan berkenaan yang memiliki sekitar 5,400 pengikut susulan misi ketenteraan dilancarkan Rusia pada 24 Februari lepas.

Mesej itu disampaikan sendiri oleh Penolong Duta Besarnya, Pavel Naydenov yang fasih berbahasa Melayu dengan sasaran khusus untuk penonton di Malaysia.

“Salam sejahtera, nama saya Pavel dan dalam video ini saya ingin menyentuh mengenai latar belakang kenapa Rusia terpaksa melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine,” jelasnya.

Beliau yang mewakili Duta Besarnya, Naiyl Latypov menerusi rakaman yang berdurasi 3 minit 42 saat itu turut lengkap mengenakan baju Melayu warna biru gelap dan segak bersongkok.

Dengan tajuk ‘Alasan operasi tentera Rusia di Ukraine’, inisiatif bernada propaganda kuasa dunia itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di negara ini sama ada pro atau kontra.

Mesej penerangan dalam bahasa kebangsaan itu ternyata memang tidak dituju khas kepada lebih 5,000 warga Rusia yang berada di Malaysia ketika ini sama ada bekerja atau belajar.

Untuk rekod ini penampilan kali kedua Pavel selepas muncul pada 27 Februari lalu dengan video bertajuk ‘Apa telah berlaku di Ukraine?’ selama 1 minit 58 saat.

Beliau turut muncul dengan berpakaian baju Melayu tanpa songkok bagi menghuraikan kisah di sebalik tabir konflik yang langsung memang tidak diceritakan oleh media Barat selama ini.

Langkah Kedutaan Besar Rusia amat proaktif menangkis dakyah seterunya, terutama Amerika Syarikat (AS) membuktikan ‘perang’ media massa membawa dimensi baharu konflik sejagat.

Berikut petikan video itu.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments