Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAJENAYAHPolis mulakan siasatan komen jelik hina Islam dan Institusi Diraja

Polis mulakan siasatan komen jelik hina Islam dan Institusi Diraja

Kuala Lumpur, 30 Dis. – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung komen jelik berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan agama Islam dimuat naik seorang individu di laman sosial yang tular sejak semalam.

Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Tuan Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lelaki mengguna nama ‘Lionel Proctor’ itu menulis komen, ‘siapa nak hormat raja-raja kau yang bertaraf macam ketua kampung dan agama kau yang diasaskan bangsa penunggang unta dari padang pasir’ pada satu kiriman di media sosial.

Kenyataan terbabit mengundang rasa marah orang ramai yang menganggap perkara itu sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja serta agama Islam.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments