Friday, May 24, 2024
HomeBERITAPolis mohon bantuan orang ramai kesan adik Nurhidayah yang hilang ketika keluar...

Polis mohon bantuan orang ramai kesan adik Nurhidayah yang hilang ketika keluar beli air

IPOH, 3 Sept – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu.

Nurhidayah Mat Nurddin beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun kali terakhir dilihat neneknya pada pukul 4.30 petang, 19 Ogos 2022.

Difahamkan pelajar Tingkatan Dua itu memberitahu neneknya yang dia mahu keluar membeli air namun tidak pulang ke rumah hingga kini.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat ibu remaja terbabit di Balai Polis Tambun pada 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd. Haizal Umar di talian 05-2451628 atau 011-21001076.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments