Saturday, May 25, 2024
HomeBERITADBKL kenalpasti lebih 30 kawasan boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar - Shahidan

DBKL kenalpasti lebih 30 kawasan boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar – Shahidan

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Lebih 30 kawasan di Kuala Lumpur dikenal pasti boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar agar kawasan terlibat dapat menawarkan kualiti hidup lebih baik kepada penduduk.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, perkara itu terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.

“Penduduk yang terlibat dengan pembaharuan bandar akan dapat manfaat yang lebih, sebagai contoh, rumah yang sekarang luas 400 kaki persegi akan ada peningkatan sampai 800 kaki persegi dan lebih,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan penutup pada Persidangan Antarabangsa Bandar Mampan Bertaraf Dunia (WCSC) 2022 pada Selasa.

Katanya penganjur WCSC akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Flat Seri Perlis 2 dan Flat Langkawi esok yang merupakan antara kawasan terlibat untuk pelaksanaan projek pembaharuan bandar.

Ujar beliau perbincangan secara tidak rasmi itu melibatkan pakar industri berkaitan bagi berkongsi pandangan dan cadangan dari segi penambahbaikan yang boleh dilakukan di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil dapatan pertemuan itu akan dikongsi dengan DBKL untuk tindakan serta perancangan akan datang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments