Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAPermohonan pas nomad DE Rantau dibuka 1 Oktober

Permohonan pas nomad DE Rantau dibuka 1 Oktober

BAYAN BARU, 13 September – Permohonan pas nomad DE Rantau akan dibuka pada 1 Oktober ini menerusi laman sesawang Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata pas lawatan profesional itu membolehkan pemegang visa nomad digital asing yang berkelayakan untuk bekerja dan melancong di Malaysia sehingga tempoh setahun.

“Di bawah Malaysia Digital (MD), kita turut memperkenalkan program DE Rantau bagi mengalu-alukan tenaga profesional antarabangsa untuk ke Malaysia.

“Bagi memudahkan kemasukan, saya telah melancarkan Pas Nomad DE Rantau bermula 1 Oktober 2022 ini. Pas ini sah untuk tempoh 12 bulan dan apabila sudah tamat tempoh, ia boleh diperbaharui semula untuk satu tahun selanjutnya.

“Kita sasarkan ia bakal menjana aliran keuntungan sebanyak RM4.8 billion ke dalam ekonomi negara melalui 80,000 orang nomad digital yang masuk menjelang 2025,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.

Jelas Tan Sri Annuar, Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi rintis bagi fasa pertama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan serta mempromosi mobiliti dalam kalangan warga profesional digital.

“Kita beharap dengan menyediakan pas digital nomad yang memudahkan mereka membuat permohonan dengan visa yang diberikan jangka panjang dan membolehkan mereka membawa ahli keluarga dan mereka dengan fasiliti dan tempoh yang agak panjang menyokong kepada ekosistem digital negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran DE Rantau di Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia 2022 (WCIT), di sini.
Tambah Tan Sri Annuar, memacu inisiatif itu, MDEC akan menyelia pembangunan hab nomad digital dan ekosistem tempatan yang komprehensif yang sesuai untuk gaya hidup nomad digital.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments