Friday, May 31, 2024
HomeBERITABN sedia tawan semula hati rakyat Pulau Pinang

BN sedia tawan semula hati rakyat Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 13 September – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semangat yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membuktikan gabungan politik itu telah bersedia menawan semula hati rakyat di negeri berkenaan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri semangat itu diperlihatkan semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang malam semalam.

Ia bagi merapatkan lagi silaturrahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, beliau berkata golongan muda akan sentiasa menjadi keutamaan kepada BN, justeru parti perlu mempertingkatkan gerak kerja bagi memahami masalah dihadapi golongan berkenaan yang kini menjadi pengundi seawal usia 18 tahun.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada PRU (Pilihan Raya Umum) yang bakal tiba,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments