Saturday, May 11, 2024
HomeBERITAJom kenali tasik buatan manusia kedua terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir

Jom kenali tasik buatan manusia kedua terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir

Mungkin ada segelintir masyarakat yang tidak mengetahui apakah tarikan yang ada di Tasik Kenyir, justeru itu, kami akan ceritakan serba sedikit mengenai keindahan alam semula jadi dan tarikan yang terdapat di tasik ini.

Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar, ia terletak di daerah Hulu Terengganu.

Keistimewaan Tasik Kenyir bukan hanya semata-mata kejernihan airnya atau kehijauan alam dan bukit yang memukau tetapi kerana ia juga menjadi pintu masuk utama ke taman Negara yang terkenal di serata dunia.

Tasik Kenyir yang terbentang luas memaparkan keindahan alam semula jadi memiliki seribu rahsia dan menjadi destinasi pelancongan yang sangat menarik dan mempesonakan.

Kemudahan tempat penginapan, infrastruktur, tempat rekreasi dan tempat riadah serta pelbagai acara berprestij di sini turut menghidupkan lagi suasana di Tasik berkenaan.

Tasik ini tersohor dengan kehijauan dan ketenangan hutan hujan tropika tertua dunia semenjak 130 juta tahun lalu yang turut menjadi habitat kepada ribuan spesis hidupan dan haiwan.

Dengan iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun hutan hujan tropika ini amat subur lebih-lebih lagi dengan sumber air melalui sungai-sungai yang mengalir ke tasik.

Bagi pencinta alam, kewujudan gua-gua di Tasik Kenyir merupakan lukisan alam yang penuh dengan keunikan dan misteri.

Gua Bewah dan Gua Taat merupakan dua buah gua yang terletak pada Bukit Batu Kapur dan kewujudannya hingga kini masih meninggalkan misteri yang belum dapat dibongkar.

Di sini juga merupakan tempat penemuan artifak seperti perkakas dapur, kapak batu dan alat-alat pertukangan yang berasal dari zaman Neolitik yang dianggarkan kira-kira tahun 3000 SM.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di gua juga boleh bermalam di tapak perkhemahan yang disediakan bersebelahan dengan Gua Bewah.

Tasik Kenyir turut mempunyai sebuah perkampungan orang asli kaum Senoi dari rumpun bangsa Semoq Beri yang terdiri daripada 20 keluarga yang terletak di Sungai Berua.

Tarikan lainnya ialah Air Terjun Lasir yang menjadi sebutan ramai dek kehebatan airnya yang terjun dari atas kira-kira 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkatnya.

Di samping itu, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Leban Terengganu dan Air Terjun Petuang adalah beberapa nama yang cukup sinonim dengan kedamaian di Tasik Kenyir.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments