Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAPM zahir penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia

PM zahir penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia

PUTRAJAYA, 10 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia yang menyokong dan mendukung kepemimpinannya selama beliau menjadi Perdana Menteri dalam melunaskan amanah serta tanggungjawab sebagai Ketua Kerajaan.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar yang dipikul tatkala negara diselubungi tri-lema; iaitu pandemik COVID-19 yang sedang mengganas, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia, ditambah pula dengan kelesuan ekonomi dan politik yang bergelora.

“Meskipun acapkali diasak pelbagai cabaran, tohmahan serta fitnah, namun Alhamdulillah dengan kehendak yang Maha Berkuasa, Kerajaan andal menghadapi mehnah dan tribulasi, dalam perjuangan membawa negara ke landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi – demi memulihkan kesejahteraan hidup Keluarga Malaysia dan kemakmuran negara.

“Kerajaan ini bertanggungjawab dan sentiasa membuat perancangan yang teliti dalam semua perihal. Ketika negara berhadapan krisis kesihatan misalnya, Kerajaan meletakkan kepentingan Keluarga Malaysia di atas segala-galanya,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas petang ini.

Perdana Menteri turut berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan seluruh Keluarga Malaysia, yang sentiasa memberikan sokongan ampuh dalam membantu kerajaan membendung penularan COVID-19.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments