Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAPM rasmi Hospital Bera

PM rasmi Hospital Bera

BERA, 20 Ogos – Almarhum Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mengambil berat mengenai pembinaan hospital Bera.

Yang nyata jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Almarhum menjadi individu utama yang bertanggungjawab terhadap kewujudan Hospital Bera.

“Ketika saya menjadi Ahli Parlimen Bera, saya menghadap Tuanku dan maklumkan situasi iaitu penduduk Bera ramai menjadi anak negeri lain khususnya yang tinggal di sempadan Negeri Sembilan.

“Penduduk di Gugusan Tembangau perlu beranak di Hospital Jempol kerana jarak hampir dua jam untuk ke Hospital Temerloh.

Jelas Perdana Menteri, Hospital Bera adalah salah sebuah projek pembinaan hospital yang diluluskan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dengan peruntukan sebanyak RM92.5 juta di atas tanah seluas 3,313.35 hektar dalam Mukim Triang, Bera yang menyediakan 40 buah katil untuk 150,000 penduduk.

“Saya sempat meninjau perkembangan pembinaan hospital ini pada Oktober tahun lalu yang ketika itu sudah siap 98 peratus selepas terbengkalai sejak sekian lama akibat kegagalan kontraktor.

“Alhamdulillah hospital yang mula dibina pada 2010 ini… selepas 10 tahun berjaya juga disiapkan, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kerja Raya dan pihak berkepentingan yang lain kerana bekerjasama merealisasikan pembinaan Hospital Bera ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, Hospital Bera merupakan Hospital Daerah Tanpa Pakar yang diletakkan di bawah Program Hospital Kluster Pahang Tengah yang diterajui Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Katanya, pada masa akan datang pihaknya merancang menambah baik fasiliti hospital tersebut termasuklah pembinaan dewan bedah dengan kos kira-kira RM9 juta.

“Selain itu, sistem pembayaran tanpa tunai turut diperkenalkan di hospital ini bermula 21 Jun 2022 namun perkhidmatan pembayaran tunai masih disediakan,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, terdapat fasiliti KKM baharu di Pahang yang telah siap pada tahun ini iaitu Klinik Kesihatan (KK) (Jenis 7) dengan kuarters di Kampung Temai, Pekan dan Kampung Cherah Pegar, Lipis.

“Dua lagi KK (Jenis 3) dengan kuarters Bandar Raub yang jangka disiap pada awal September dan naik taraf Bangunan Hemodialisis di Hospital Raub dijangka siap pada awal November tahun ini.

“Satu projek berskala besar juga bakal memulakan fasa pembinaan pada penghujung tahun 2022 iaitu pembinaan blok wanita dan kanak-kanal, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bakal dibina di atas tapak seluas 30.96 hektar di Mukim Kuala Kuantan dengan kapasiti 376 katil yang dijangka siap pada 2026,” ujar beliau.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments