Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAAnnuar Musa bertemu rakan sejawatan di Indonesia, perkukuh hubungan dua hala

Annuar Musa bertemu rakan sejawatan di Indonesia, perkukuh hubungan dua hala

JAKARTA, 20 Ogos – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, TYT Johnny Gerard Plate di Jakarta.

Dalam rangka kerja rasminya ke Republik Indonesia itu, beliau turut sempat bertemu Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, TYT Sandiaga Salahuddin Uno secara berasingan.

Pertemuan itu bertujuan untuk meningkat dan memperkukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama Malaysia dengan Indonesia dalam bidang informasi dan telekomunikasi serta industri kreatif.

Menurut Tan Sri Annuar, antara perkara yang dibincangkan semasa sesi rundingan dua hala berkenaan adalah kerjasama kedua belah negara mengenai isu keselamatan siber, ekonomi digital.

Turut dibincangkan status mempertingkatkan rangkaian 4G dan 5G, perkhidmatan penyiaran melalui satelit serta kerjasama dalam bidang industri kreatif khususnya perfileman.

“Saya juga telah mengadakan lawatan ke Badan Aksesibilitas Telekomunikasi dan Informatika (BAKTI) sebaik sahaja tiba di Republik Indonesia bagi meneroka potensi-potensi kerjasama dalam bidang telekomunikasi, satelit dan 5G melalui perkongsian inisiatif-inisiatif di Malaysia berkenaan pelaksanaan 5G dan perkhidmatan penyiaran melalui satelit di bawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM),” katanya.

Dalam rangka kerja rasmi selama dua hari yang berakhir hari ini, beliau turut mengadakan lawatan ke MNC Group Indonesia.

MNC Group Indonesia adalah antara syarikat pelabur terkemuka di Indonesia dalam bidang media dan hiburan juga telah diadakan.

“Saya percaya melalui platform ini dapat membuka serta meningkatkan lagi peluang kerjasama dalam industri filem antara kedua-dua negara yang sebenarnya sudah berlangsung lama, baik melalui produksi filem mahupun penglibatan artis filem
kedua-dua negara sekali gus mampu meningkatkan kualiti sumber daya perfileman.

katanya pertemuan ini mampu menyediakan platform terhadap kerjasama erat penggiat industri kreatif Indonesia dengan Malaysia sekali gus mampu diperluas dengan industri filem dari negara-negara lain.

“Selain itu, saya juga berpeluang ke Telekomsel Indonesia untuk menyaksikan tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat 4WARD Picture Sdn. Bhd. dari Malaysia dan PT Melon iaitu salah satu anak syarikat Telekomsel Indonesia dalam usaha kerjasama menghasilkan filem bersama-sama,” katanya.

Turut serta dalam program tersebut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(FINAS) dan SKMM.

Penyertaan FINAS adalah selaras dengan usaha dalam merangka strategi bagi menggalakkan penggiat seni kedua-dua negara memanfaatkan ketersediaan teknologi baharu dalam bidang perfileman untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya saing menerusi pengurangan kos pemindahan kepakaran dan potensi pasaran di kedua-dua negara.

Manakala SKMM pula menjadikan lawatan ini sebagai platform untuk berkongsi inisiatif-inisiatif Malaysia.

Ia selaras dengan matlamat Pelan Tindakan MyDIGITAL dalam Rancangan Malaysia Ke-12 serta aspirasi ekonomi digital Malaysia bagi
mencapai visi Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital serantau.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments