Thursday, July 11, 2024
HomePOLITIKPM lawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS

PM lawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat kerja-kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Untuk rekod, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 ini dibina sebagai persediaan bagi menempatkan pesakit COVID-19 jika bilangan kes positif wabak itu terus meningkat.

Menurut Tan Sri Muhyuddin dalam satu kenyataan media di facebook rasmi beliau, ia mampu menempatkan sehingga 600 orang pesakit COVID-19 pada satu-satu masa.

Ia diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.

“Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat ini ialah perkhidmatan klinikal, wad pesakit dalam untuk pesakit COVID-19, ruang “resuscitation” untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan, perkhidmatan ambulan, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan X-ray dan perkhidmatan makmal patologi.

“Fasiliti yang disediakan kepada pesakit termasuk katil, meja, kerusi, loker, TV, lounge, WiFi, komputer, surau, CCTV, tandas, ruang mandi, bilik persalinan dan ruang istirehat”, katanya.

Tambah Perdana Menteri, bagi anggota yang bertugas pula, pusat ini menyediakan kaunter jururawat (nurse station), bilik rawatan dan kecemasan (treatment room/resuscitation room), ruang rehat anggota, bilik persalinan anggota dan ruang mandi termasuk ruang “Donning/ doffing” PPE (personal protective equipment) serta ruang mesyuarat dan seminar.

“Pada ketika ini kapasiti di hospital COVID-19, Pusat Kusta dan Institut Latihan KKM adalah mencukupi untuk menempatkan pesakit COVID-19.

“Penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, adalah salah satu langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak ini”, katanya.

Hari ini saya melawat kerja-kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Senin, 30 Maret 2020

–THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments