Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuat laporan polis kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 dari peti simpanan miliknya.
Menurut butiran yang tertera pada salinan laporan terbabit , Syed Saddiq telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya Selangor jam 8.42 malam tadi dan menyatakan beliau mendapati jumlah wang di dalam peti terbabit berkurangan atau hilang apabila membuka peti simpanan pada jam 7 malam kelmarin.
Beliau turut menberitahu kali terakhir membuka peti terbabit adalah pada 13 atau 14hb Mac yang lalu.
Ahli Parlimen Muar turut menyatakan hanya pihak atau mereka yang tertentu sahaja yang tahu nombor kod keselamatan dan cara membuka peti berkenaan.
1. Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya.2. Pihak polis dan forensik…
Dikirim oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Senin, 30 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply