Friday, July 19, 2024
HomePOLITIKPM terima sumbangan RM4.25 juta untuk Tabung COVID-19

PM terima sumbangan RM4.25 juta untuk Tabung COVID-19

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan RM4.25 juta daripada lima syarikat untuk tabung COVID-19.

Memetik satu kenyataan media di Facebook rasmin Perdana Menteri, Syarikat Naza Corporation Holdings Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasaruddin SM Nasimuddin menyumbangkan RM1.25 juta.

Puncak Niaga Holdings Berhad melalui Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail dan E-Idaman Sdn Bhd menerusi Pengarahnya Zaim Husni bin Omar masing-masing menghulurkan sumbangan RM1 juta.

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) yang diwakili Datuk Zainuddin Abd Rahman selaku Presiden dan Leong Hup International Berhad juga masing-masing menyumbangkan RM500,000.

Leong Hup International Berhad yang diwakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Francis Lau turut menyumbang 2 buah ventilator.

The Edge Media Group menerusi Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ho Kay Tat menyumbangkan peralatan dan keperluan kesihatan COVID-19 bernilai RM21 juta.

Ini menjadikan jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM14.20 juta.

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

PM TERIMA SUMBANGAN RM4.25 JUTA UNTUK TABUNG COVID-19 PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Senin, 30 Maret 2020

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments