Tuesday, October 15, 2024
HomeBERITAPM arah siasat Tommy Thomas

PM arah siasat Tommy Thomas

KUALA LUMPUR, 30 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan agensi penguatkuasa berkaitan untuk melakukan  siasatan lanjut segera bagi menyiasat kemungkinan wujud salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Asas kepada arahan itu bersandarkan kepada hasil laporan penyiasatan Pasukan Petugas Khas terhadap dakwaan-dakwaan yang termaktub dalam buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan Tan Sri Tommy yang dibentangkan ke mesyuarat jemaah menteri pada hari ini.

“Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, tulisan YBhg. Tan Sri Tommy Thomas, bekas Peguam Negara telah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini,” kata Perdana Menteri di Facebook.

Katanya Laporan itu telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan bulan bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya itu.

Hasil penyiasatan memperincikan sebanyak 19 isu-isu penting yang dikesan membabitkan salah laku beliau.

Isu terbabit dikategorikan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional dan kenyataan berbaur hasutan.

Susulan itu kata Datuk Seri Ismail Sabri pasukan petugas khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan Kerajaan Malaysia bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh YBhg. Tan Sri Tommy Thomas,” katanya.

Siasatan akan dijalankan antaranya di bawa seksyen meliputi Seksyen 124 I & Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments