Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAPKPB seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan

PKPB seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan

Pengumuman penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula pada 9 November sehingga 6 Disember 2020 di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan memang sudah dijangkakan.

Ia adalah tindakan yang perlu diambil susulan peningkatan mangsa positif COVID-19 secara berselerak.

Mengimbau sejarah PKPB yang lalu, pasti ada sesetengah daripada kita telah lupa apakah syarat yang perlu diikuti sepanjang PKPB ini. Di sini disertakan beberapa aturan yang perlu diikuti sepanjang PKPB ini.

Bolehkah saya keluar rumah?
Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah. Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.

Sejauh mana saya boleh bergerak?
Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan. Di Selangor misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabah Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bolehkah saya pergi bekerja?
Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.

Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?
Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?
Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.

Bolehkah saya makan di restoran?
Tidak, makan dalam restoran tidak dibenarkan lagi. Restoran masih dibenarkan dibuka tetapi hanya boleh dibeli untuk dibawa pulang dan bagi tujuan penghantaran makanan.

Adakah sekatan masa dikenakan untuk saya melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?
Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi.

Bolehkah saya beriadah di taman?
Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup. Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.

Bolehkah saya berkaraoke di pusat karaoke?
Tidak, premis hiburan tidak dibenarkan dibuka.

Saya mempunyai majlis perkahwinan untuk dihadiri, adakah ia dibenarkan?
Tidak, majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

Bagaimana dengan tempat ibadat?
Semua tempat ibadah – Muslim dan bukan Muslim akan ditutup.

Bagaimana jika saya enggan?
Ia melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaaan.

Penjawat awam tidak hanya terhad kepada polis dan merangkumi penjawat awam pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai majlis perbandaran.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar terus kekal berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan.

Jaga penjarakan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan jaga kebersihan diri. Pengambilan vitamin dan makanan sihat digalakkan dalam usaha membina antibodi.

Sama-sama kita membendung seterusnya memutuskan rantaian pandemik. Kita boleh lakukannya.

#COVID19
#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#StrongerTogether

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments