Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAProjek jambatan runtuh Kampung Teras, Ijok akan disegerakan dan dipantau Pejabat MB...

Projek jambatan runtuh Kampung Teras, Ijok akan disegerakan dan dipantau Pejabat MB – Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu

Berhubung aduan penduduk Kampung Teras, Ijok Selama, Perak berkenaan kerja-kerja pembinaan semula jambatan yang runtuh pada Julai tahun lalu, pihak kerajaan negeri telah mengambil maklum perkara terbabit

Menerusi kenyataan media, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan bagi menaik taraf jambatan sebanyak RM645,000 pada Ogos tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana terdapat perubahan rekabentuk.

Walaubagaimanapun, beliau dalam kenyataannya turut menyatakan proses perubahan rekabentuk mengambil masa yang begitu lama iaitu melebihi 10 bulan dan ianya tidak dapat diterima.

“Keselamatan orang ramai tidak boleh dikompromi dan dilengah-lengahkan dan saya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) agar projek ini disegerakan serta akan dipantau secara rapat oleh Pejabat Menteri Besar.

“Saya ingin menegaskan kepada semua jabatan dan agensi negeri untuk meningkatkan tahap

kecekapan sistem penyampaian kepada rakyat.

“Pentadbiran ini tidak akan berkompromi dengan ketidakcekapan dalam menjalankan amanah kepada rakyat,” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments