Ke lokasi seterusnya, kami kena ‘fit’ kan badan sikit. Sebabnya apa???
Haaa… Ni teman nak kabo. Perjalanan seterusnya mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ke perkampungan orang asal iaitu Kampung Pos Musoh.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami berkumpul di Pejabat Majlis Daerah Tapah untuk makan pagi terlebih dahulu.
Kami tak pergi sendirian ya. Pegawai Majlis Daerah dan Jabatan Perhutanan Daerah Tapah pun turut serta.
Perjalanan untuk sampai ke Kampung Pos Musoh agak mencabar. Dengan jalan yang agak berliku namun infrastruktur jalan terjaga.
Kami disambut mesra oleh penduduk asal yang majoritinya dari suku kaum Semai.

Sampai sahaja sekumpulan orang asal ‘perlok’ atau dalam bahasa kita ‘pakaikan’ topi sewang. Topi Sewang adalah akan dipakaikan kepada tetamu sebagai simbolik menyambut kehadiran pelawat.

Sungguh ramah dan berbudi bahasa orang asal ni.

Apa tidaknya, kami juga dipelawa masuk ke rumah mereka bagi acara perkenal rumah tradisional, cara masakan orang asal dan dapat melihat hasil kraftangan orang asal Pos Musoh seperti raga, nyiru, cincin belah rotan dan banyak lagi.


Sudah terbiasa dengan hidup dikelilingi alam semulajadi, orang asal membina rumah dengan bahan-bahan alami di dalam hutan.

Dinding rumah dibina menggunakan bertam, atap pula daun bertam, lantai beralaskan buluh, tangga rumah pula dengan menggunakan kayu.

Tuan rumah pula akan bina sendiri rumah masing-masing.
Antara cara masakan yang ditunjukkan kepada kami adalah memasak nasi dalam buluh, masak ubi kayu dalam buluh dicampur dengan isi ikan tengas rebus.

Dicicah pula dengan sambal umbuk kantan ikan bilis, sungguh unik rasanya. Sambal ini adalah sambal tradisi istimewa kaum Semai.

Dah dijamu dengan pelbagai hidangan, kami beralih ke rumah sewang iaitu sebuah rumah khas untuk melakukan persembahan.
Apabila muzik tradisional bersatu, lagu Sewang Semai dinyanyikan, tariannya pula menjadi pelengkap persembahan.

Menurut Tok Batin Pos Musoh, Bahadi A/L Bahboy masyarakat disini ada yang beragama Islam, kristian dan ada juga yang tudak mempunyai agama.

Majoritinya, pekerjaan penduduk disini ialah bertani. Hasil pertanian akan dijual di pekan. Begitulah rutin mereka disini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah, Khairul Annuar Che Zakaria berkata pihak JAKOA menyumbangkan kemudahan kepada orang asal dan membantu memajukan sosio ekonomi mereka.

Malah salah seorang penduduk disini, Kamal Bahkanlok merupakan usahawan berjaya bimbingan JAKOA.
Kami diberitahu, sekolah Pos Musoh mendapat pengiktirafan kehadiran murid-murid terbaik di Malaysia.

Dengan kapasiti murid seramai 50 orang, cikgu yang mengajar pula seramai 12 orang dan seorang Guru Besar.
Banyak perkara yang kami pelajari selama setengah hari berada disini.
Jika orang asal boleh hidup aman damai dengan hanya bersumberkan alam semulajadi, bagi kita yang dilengkapi pelbagai kemudahan perlu lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply