PKP punya pasal! Tuan tak balik-balik, kereta pun dah dilitupi semak samun

0

Ketika mula mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan April lalu, ramai di antara kita terkandas dan tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing.

Maklumlah pada ketika itu, cuti sekolah baru saja bermula. Ada yang sedang bercuti dan pulang ke kampung halaman.

Setelah Perdana Menteri mengumumkan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), barulah orang ramai dibenarkan merentas negeri dan pulang ke rumah masing-masing mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan.

Apabila sudah lama ditinggalkan, pasti rumah dinaiki sawang dan halaman rumah pula ditumbuhi lalang.

Menerusi laman media sosial Facebook, terdapat perkongsian foto keadaan sebuah parkir kereta yang dipenuhi semak samun dan lalang.

Apa yang lucunya, kenderaan yang sudah lama tidak bergerak di situ turut dilitupi pohon liar dan daun-daun. Hampir tertutup jugalah sebahagian besar kereta ini!

Aduhai! Masih boleh berfungsi ke kereta ni? Banyak juga yang perlu diperiksa dan dibersihkan sebelum kembali menggunakannya kan?

Buat tuan kereta, bertabahlah ya! 🚗

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Tak tahu nak gelak ke nak sedih😅..ini yg kita panggil kereta yg da berjanggut tunggu tuan dy balik dari…

Posted by Arra Tan Safri on Saturday, 13 June 2020

Leave a Reply