Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPenggunaan termometer palsu, lapor pada KKM!

Penggunaan termometer palsu, lapor pada KKM!

Pernahkah anda mendengar atau mengalami senario begini?

Anda masuk ke premis
membeli belah. Mematuhi prosedur Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sekuriti mengambil suhu anda, 34 darjah celsius. Anda berasa sihat serta normal dan langsung tidak kesejukan. Anda juga masih waras, tidak mabuk atau terasa hendak pitam. Apa yang tidak kena?

Suhu normal badan manusia adalah sekitar 36.1 sehingga 37.4 darjah celsius. Sekiranya bacaan suhu lebih rendah dari angka diatas dan anda pula tiada gejala hypothermia, sebenarnya bacaan suhu tidak betul.

Mengapa ini terjadi?

Banyak faktor yang menyebabkan bacaan menjadi tidak tepat. Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, dinyatakan beberapa punca.

1. Termometer ‘cap ayam’ yang tidak didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semua pihak perlu menyedari bahawa penggunaan peralatan perubatan yang tidak berdaftar adalah berisiko kerana tidak tepat dan boleh menyebabkan pencegahan COVID-19 tidak efektif.

Premis perniagaan diingatkan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menggunakan alat perubatan yang tidak didaftar oleh KKM.

Anda boleh semak termometer yang digunakan dilaman web KKM – Medical Device Authority (MDA) di laman web www.tinyurl.com/semakMDA.

2. Penggunaan atau pemilihan termometer yang salah.

Anda berhak bertindak dengan membuat laporan pada KKM jika merasakan termometer yang digunakan adalah termometer yang salah.

Ayuh, sama-sama kita membantu membendung, memerangi dan seterusnya memutuskan wabak pandemik ini.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Anda masuk ke permis membeli belah. Sekuriti mengambil suhu anda. 34C. Tapi anda rasa sihat dan normal. Anda tidak rasa…

Posted by Public Health Malaysia on Sunday, 14 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments