Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA“Hari ini hari terakhir saya bersiaran secara langsung, tiada lagi baju batik...

“Hari ini hari terakhir saya bersiaran secara langsung, tiada lagi baju batik warna warni seperti kuih muih dan minuman” – Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

Pada 1 May 2020, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berjalan selama lebih lima minggu dan kini negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas, dan hari ini saya telah bersama orang ramai selama tiga bulan, setiap hari (jam 2.00 petang), dan saya ingin memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bersiaran secara langsung setiap hari.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bersiaran secara langsung setiap hari, dan hari ini juga merupakan hari terakhir saya bersiaran pada hujung minggu,” ujar Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut berceloteh mungkin selepas ini sudah tiada lagi baju batik berwarna-warni yang menjadi asas kepada kuih-muih dan minuman orang ramai.

Mulai minggu hadapan sidang akhbar pelaksanaan PKPP hanya akan diadakan tiga kali seminggu iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

Beliau turut merakamkan penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam usaha memerangi wabak pandemik COVID-19 terutamanya petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertugas tanpa mengira rasa penat dan lelah.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli keluarga para ‘frontliners’ kerana memahami tugasan dan khidmat demi negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments