Friday, July 26, 2024
HomeBERITA6 cara mudah penjagaan rambut agar sihat, lebat dan bersinar

6 cara mudah penjagaan rambut agar sihat, lebat dan bersinar

Penjagaan kulit kepala dan rambut sangat penting.

Tidak kira lelaki atau perempuan, kebersihan dan penampilan diri perlu dijaga.

Selain dapat meningkatkan keyakinan diri, ia juga mampu mengeratkan hubungan kasih sayang di antara pasangan anda.

Kami ada beberapa tips yang mungkin sesuai buat anda.

1. Teh Hijau.

Ia mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, juga bagus untuk pengaliran darah menuju ke rambut.

Caranya : Bancuh teh dengan air, kemudian lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan tuala panas selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Santan dan Air Kelapa Muda.

Diketahui, buah ini kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, kalium serta zat besi.

Caranya : Ratakan santan atau air kelapa muda pada kulit kepala dan rambut. Biarkan semalaman untuk membantu pertumbuhan dan boleh menguatkan akar rambut. Setelah itu bilas dengan air.

3. Bawang.

Bawang mengandungi kandungan sulfur yang dapat menguatkan akar rambut.

Caranya : Hiris bawang, kemudian ramaskan pada kulit kepala. Biarkan 20 minit dan bilas dengan air bersih.

4. Minyak zaitun.

Minyak zaitun ini dapat membantu menjana rambut kusam agar menjadi lebih berkilau dan lembut.

Caranya : Sapu dan ratakan minyak zaitun pada kulit kepala dan urut perlahan. Biarkan 1 jam kemudian dibilas.

5. Daun lidah buaya.

Ia mempunyai nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan rambut yang cepat dan lebat.

Carannya : Sapu dan urutkan lendir lidah buaya pada kulit kepala secara rata. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

6. Putih telur.

Putih telur mengandungi protein yang tinggi dan berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.

Caranya : Ratakan pada rambut selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Juga boleh dicampur dengan minyak zaitun untuk hasil lebih memuaskan.

Anda juga digalakkan untuk mendapatkan rawatan rambut di salon bersama hair stylist yang pakar dan berpengalaman sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Biar pakar membantu anda mendapatkan rambut sihat bersinar dengan penggayaan yang sesuai.

Jom cantik!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments