Rentetan keputusan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang akan disambung hingga 18 Februari di seluruh negara kecuali Sarawak, Standard Operating Procedure (SOP) dan syarat PKP adalah masih sama dan perlu dipatuhi oleh masyarakat.
“Rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan”, demikian memetik pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri.
“Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.
“Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan kerana ianya memberikan peningkatan kes positif,” katanya.
Selain dari itu, beliau turut mengingatkan hanya dua orang dibenarkan keluar daripada rumah pada satu-satu masa.
#PKP2.0
#newNormal
#kitaJagaKita
#KitaMestiMenang
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply