Saturday, May 18, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 3,455 kes baharu, 21 kematian hari ini

COVID-19 : 3,455 kes baharu, 21 kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,455 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 222,628 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,661 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 173,990 kes (78.2%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 47,847 orang (21.5%) manakala 327 pesakit berada di ICU dan 145 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

21 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 791 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments