Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATahniah Nicol, anda kebanggaan negara - PM

Tahniah Nicol, anda kebanggaan negara – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan tahniah buat Datuk Nicol David yang berjaya meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.

Beliau berharap kejayaan bekas ratu skuasy negara itu akan menyuntik motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia dan menjadi pembakar semangat kepada generasi muda untuk melangkah lebih jauh dalam bidang diceburi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, beliau menyatakan rasa bangga bersama seluruh peminat sukan tanah air, khususnya skuasy, atas kejayaan Nicol yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang anugerah berkenaan.

“Kemenangan itu membuktikan sumbangan, keringat dan aksi beliau selama ini terus diperhatikan dunia walaupun bekas pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut itu telah menggantung raket.

“Kepada generasi muda yang baru berjinak dengan sukan ini dan pemain pelapis sedang mengembangkan prestasi, jadikan kejayaan Nicol pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh.

“Dengan iltizam betul dan usaha bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda semua mampu menjadi seperti Nicol. Tahniah Nicol. Syabas Malaysia,” ujar beliau.

Untuk rekod Nicol meraih anugerah itu apabila memperoleh 318,943 undi yang diadakan secara dalam talian sejak 8 Januari lalu.

Jumlah undi diterima Nicol itu jauh meninggalkan pencabar utama yang juga legenda tarik tali Ireland, James Kehoe yang mendapat 113,120 undi untuk menyusul di tempat kedua.

Legenda ‘powerlifting’ Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga dengan 80,790 undi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments