Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPinggan viral tidak selamat untuk penggunaan harian

Pinggan viral tidak selamat untuk penggunaan harian

Pinggan mangkuk bercorak kebiasaannya menjadi kegilaan wanita terutamanya dikalangan para ibu dan suri rumah tangga.

Hiasan coraknya yang cantik dan didatangi dengan pelbagai bentuk serta warna cukup menarik perhatian.

Namun pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dalam penggunaan pinggan mangkuk beraneka corak seperti ini kerana ia mungkin berisiko untuk kesihatan.

Kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik mempunyai logam plumbum sebagai bahan utama dalam penghasilannya.

Penggunaan pinggan yang mempunyai bahan plumbum untuk jangka masa yang lama boleh membahayakan kesihatan terutamanya untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi.

Elakkan menggunakannya untuk kegunaan harian malah seeloknya pinggan mangkuk seperti ini lebih sesuai dijadikan sebagai koleksi hiasan sahaja.

Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Senin, 01 Juni 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments