Thursday, November 19, 2026
HomeBERITA8 Jun cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

8 Jun cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Kementerian Sumber Manusia mengisytiharkan 8 Jun 2020 (Isnin) depan sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan pengisytiharan ini telah diwartakan pada 18 Mac 2020.

Hari Kelepasan Am ini juga adalah termaktub sebagai Hari Cuti Umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut seksyen 60D (1)(ai) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Hari Kelepasan Am ini tidak boleh digantikan dengan tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi Hari Kelepasan Am selaras dengan peruntukan Akta 265.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157893831688884&id=230445633883&sfnsn=mo

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments