Pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang gejala, berisiko menjangkiti orang lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga hari sebelum pesakit mendapat gejala seperti batuk, demam, sakit tekak dan sesak nafas adalah waktu yang berpotensi tinggi untuk kebolehjangkitan.
Selepas bergejala, hari ketujuh hingga kesepuluh merupakan tempoh aktif virus itu menjangkiti orang lain.
Manakala, selepas 10 hari dan ke atas kebolehjangkitan atau kemampuan untuk berjangkit semakin berkurang dan sangat rendah.
Benarkah pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang gejala tidak akan menjangkiti orang lain?Jawapan: Tidak…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 01 Juni 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply