Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMudah dan murah! Empat bahan alami turunkan berat badan

Mudah dan murah! Empat bahan alami turunkan berat badan

Lambakan produk pelangsingan badan di pasaran membuatkan kita sukar membuat pilihan.

Ada produk berbentuk kapsul, cecair dan juga minuman berperisa kopi, koko dan lain-lain.

Apa saja pilihan anda, pastikan ianya mendapat kelulusan pihak berwajib dan tidak dikonsum secara berlebihan.

Jika anda kurang pasti bagaimana untuk memilih produk di pasaran, apa kata anda cuba cara ‘home-made’ ini?

Ianya lebih semulajadi, murah dan cara penyediaannya juga mudah.

1. Sediakan air setengah liter di dalam periuk.

2. Dua batang serai di ketuk.

3. Dua inci halia dihiris.

4. Sebiji lemon dihiris.

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk berisi air tadi. Rebus sehingga kandungan air tinggal satu gelas sahaja.

Biarkan sehingga suam dan minum.

Selain baik untuk pencernaan, petua orang dulu-dulu ini juga dikatakan mampu membuang angin dan toksin dalam badan.

Semoga bermanfaat.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments