Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAKreatif! Hasilkan pasu cantik dengan tin susu anak

Kreatif! Hasilkan pasu cantik dengan tin susu anak

Setiap orang mempunyai hobi dan minat masing-masing.

Ada yang mempunyai hobi yang berkos tinggi malah ada juga hanya bermodalkan barangan terpakai dan bahan semulajadi.

Menerusi laman media sosial Facebook, dikongsi warganet sebuah pasu hiasan yang cantik dan kreatif.

Cara penghasilannya hanyalah bermodalkan tin terpakai dan batuan. Namun dengan sedikit sentuhan kreatif, hasilnya memang cantik!

Apa kata anda mengambil peluang mengisi masa dengan melakukan aktiviti begini bersama anak-anak anda?

Gunalah tin susu anak atau tin milo anda mahupun tin biskut raya yang dah tinggal habuk.

Tampalkan batuan pada dinding tin dengan menggunakan gam yang kuat. Jika mahu lebih berseri, catkan atau varnis batuan itu.

Hasilnya, pasu hiasan yang bukan saja cantik dan kelihatan mahal malah boleh juga dijual dan dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Masa pun terisi, hasil seni dapat ditonjolkan, masa bersama keluarga dimanfaatkan dan menjana duit poket sendiri.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Buat pasu bunga guna tin susu anak jer. Hasilnya sangat ohsem

Dikirim oleh PenMerahdotcom pada Senin, 01 Juni 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments