Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAPimpinan kerajaan diterajui UMNO hanya mementingkan projek untuk kroni - Pakatan Harapan

Pimpinan kerajaan diterajui UMNO hanya mementingkan projek untuk kroni – Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Pakatan Harapan (PH) hari ini mendakwa apa yang dipentingkan pimpinan kerajaan diterajui UMNO adalah mendapat projek untuk kroni mereka dan bukannya memenuhi keperluan tentera.

PH dalam kenyataannya turut menyatakan kekesalan dengan sikap kepimpinan UMNO yang dikatakan melayan tentera secara ‘take it or leave it’ dengan membuat pesanan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan anggotanya.

Menurut PH, pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarah reka bentuk kapal tempur pesisir (LCS) ditukar.

Ia mencakupi daripada Sigma yang diperlukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Gowind yang dicadang pembekal Perancis dan ia adalah contoh jelas tragedi ‘take it or leave it’ yang berlaku.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments