Thursday, May 30, 2024
HomeBERITARayuan SRC : Peguam Najib Razak kemuka hujah bertulis

Rayuan SRC : Peguam Najib Razak kemuka hujah bertulis

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Peguam utama Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk mengemukakan hujahan bertulis dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman membabitkan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Sejurus prosiding di Mahkamah Persekutuan bermula pada sebelah petang, peguam, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada mahkamah, beliau berhasrat mengemukakan hujahan bertulis bagi pihak anak guamnya.

“Pada prosiding sebelah pagi apabila Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bertanya sama ada saya akan bersandarkan kepada hujahan di peringkat Mahkamah Rayuan dan saya menyatakan ‘ya’.

“Pada peringkat ini, saya mahu ia direkodkan bahawa saya berhasrat mengemukakan hujahan secara bertulis,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments