Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITAPihak berkuasa serbu kediaman Sajat, usahawan kosmetik gagal ditemui

Pihak berkuasa serbu kediaman Sajat, usahawan kosmetik gagal ditemui

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan serbuan ke kediaman usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sekitar pukul 9 malam tadi, namun gagal menemuinya.

Serbuan dan pemeriksaan lanjut diseluruh kediaman Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara itu dibuat selepas waran tangkap dikeluarkan kepadanya oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa lalu.

“Ketika serbuan, hanya terdapat beberapa individu termasuk bapanya, Kamaruzzaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya dalam kediaman berkenaan.

Menerusi perkongsian dilaman media sosial Instagram peribadinya, Sajat seolah-olah memerli Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila memberitahu masih tiada orang mengetuk pintu rumah untuk menangkapnya atas kesalahan berpakaian menyerupai wanita dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat 6 Januari lalu bertempat di Nursajat Beauticion, Seksyen 16.

Untuk rekod, Nur Sajat dibenarkan ikat jamin RM3,000 pada perjumpaan dengan pihak mahkamah yang terdahulu dan dikehendaki kembali untuk perbicaraan.

Jika disabit kesalahan, Sajat boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor ) 1995.

Sementara itu, hasil tinjauan mendapati laman Instagram milik Nur Sajat juga gagal ditemui dan dipercayai telah dinyah aktifkan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments