Monday, May 13, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 2,437 kes baharu, sembilan kematian hari ini

COVID-19 : 2,437 kes baharu, sembilan kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,437 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 300,752 kes.

Catatan baharu hari ini membabitkan 2,435 kes tempatan dan dua kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 3,251 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 273,417 kes (90.911%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 26,205 orang (8.71%) manakala 202 pesakit berada di ICU dan 93 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,130 kes (0.38%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments