Saturday, May 25, 2024
HomePOLITIKDua ahli parlimen PKR nyata sokongan kepada PM dan PN

Dua ahli parlimen PKR nyata sokongan kepada PM dan PN

Dua ahli parlimen PKR isytihar keluar PKR dan nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.

Ia membabitkan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien.

“Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara.” jelas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

–THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments