Peruntukkan RM1 juta untuk stem di sekolah Pulau Pinang

0

Teluk Kumbar, 24 Mei – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) memperuntukan RM 1 juta untuk Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Haji Hasbi Habibollah berkata, menerusi peruntukan tersebut, sebanyak 71 buah sekolah melibatkan seramai 1,245 pelajar dan 50 guru STEM di bawah kawasan operasi PERDA daripada Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Barat Daya mendapat manfaat menerusi inisiatif tersebut.

“Program Rural Outreach STEM ini dilaksanakan secara bersepadu melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sebagai program galakan minat pelajar luar bandar daripada kategori B40 terhadap subjek STEM (Sains, Matematik dan Sains Tulin).

Hasbi berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, JPN Pulau Pinang, Mohamad Said Ibrahim.

Berdasarkan data, penglibatan pelajar yang terlibat di bawah program kecemerlangan akademik PERDA sejak 2017 sehingga 2021 menunjukkan bilangan yang rendah (_>30%) bagi aliran STEM di peringkat menengah”, ujar Hasbi.

Beliau menambah, bidang STEM merupakan bidang penting di dalam mendepani revolusi IR 4.0 yang masih belum menerima sokongan yang mencukupi daripada agensi kerajaan selain daripada Kementerian Pendidikan.

“Sebilangan kecil sekolah di kawasan bandar atau luar bandar yang terpilih menerima galakan STEM melalui sumbangan set robotik daripada NGO atau industri. Setakat ini, hanya segelintir sekolah luar bandar menerima bantuan galakan STEM”, ujar beliau lagi.

Program yang dilaksanakan menerusi inisiatif PROSTEM ini meliputi insentif set robotik Logo Education, Robotic Workshop, Coding Kidz@PERDATECH, Little Scientist, Mathzania serta Program Training on Trainers untuk guru STEM di Pulau Pinang.

”KPLB dan PERDA berharap dengan inisiatif ini dapat mendorong pelajar luar bandar terutama dari keluarga B40 untuk meminati STEM selain mampu menyediakan pelajar terutama kumpulan sasar sekolah rendah Tahun 4 sehingga 6 dan pelajar sekolah menengah tingkatan 1 sehingga 3 dalam mendepani landskap perubahan teknologi negara menerusi Revolusi IR 4.0” ujar Hasbi lagi.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply