Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPersatuan Jom Cuci Masjid (JCM) ke Perlis untuk aktiviti kali ke-50

Persatuan Jom Cuci Masjid (JCM) ke Perlis untuk aktiviti kali ke-50

Masjid Al Husna Batu Bertangkup, Jalan Kilang Gula Chuping, Chuping, Perlis dipilih selaku lokasi ke-50 aktiviti amal dan kemasyarakatan, Persatuan Jom Cuci Masjid (JCM) kali ini.

Sekaligus, ini aktiviti ke-empat JCM tahun ini, dan kali kedua di Perlis sejak lebih 10 tahun memulakan aktivitinya.

Sebelum itu, peserta “Jom Cuci Masjid” berkumpul di Perkarangan Pintu Masuk Kilang Gula MSM Perlis, Chuping, Perlis, untuk sesi “flag Off” peserta dan Bikers.

Kali ini, program seperti biasa terus menerima sambutan baik apabila lebih 100 buah motosikal berkuasa tinggi turut serta.

Mereka, tiba di Masjid Al Husna Batu Bertangkup, Jalan Kilang Gula Chuping, Chuping, 15 minit kemudian.

Selepas itu, peserta bersarapan pelbagai hidangan yang dikenali sebagai “Kuih Muih Macam-Macam ada.”

Selepas itu, penceramah Ustaz Ahmad Al Qarni bin Edrus mengendalikan ceramah ringkas, bertajuk di Ambang Muharam.

Selesai, kerja mengecat dan mencuci masjid oleh peserta dan penduduk kampung dimulakan.

Pada waktu tengahari, peserta dan penduduk kampung bergerak dari Masjid menuju ke Taman Rekreasi Bukit Jernih, Sungai Bukit Jernih, untuk program selanjutnya iaitu “Bicara Santai”.

Program dikendalikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang juga Presiden Sifu Bikerz dan tetamu jemputan, Ust Jafri Abdul Bakar Mahmoodi.

Menurut Ustaz Hanafiah Abdul Malek, yang juga Presiden Sifu Bikerz, program ini terus mendapat sambutan kerana banyak manfaat diperolehi oleh peserta terbabit.

“Kita sama-sama terus belajar, saling menasihati dan mendalami agama, insyaallah,” katanya.

Menurut Adun Chuping, Saad Man program JCM memang dialu-alukan.

“Program ini dapat mengeratkan ukwah kita. Selain menitik beratkan kebersihan, kita juga mengeratkan siraturahim.” tambahnya.

Menurut penerbit drama, Hj Zeel, JCM memang unik, dan beliau turut mahu terus bersama menjayakan program ini.

“Kami juga berharap, lebih ramai artis turut serta, bersama-sama menjayakan program amal ini, ” tambahnya.

Katanya, dia juga akan mempelawa golongan muda di Perlis untuk, sama-sama untuk program selanjutnya.

Difahamkan, aktiviti JCM selepas ini, di Negeri Sembilan atau Johor.

Usai, peserta bergerak semula ke Masjid Al Husna, untuk solat Zohor berjemaah.

Untuk makan tengahari, penduduk kampung menyajikan “Ayam Kunyit Bertangkup sebagai resepi istimewa di sini.

Di penghujung program, seperti biasa, ucapan wakil Masjid Al Husna, diikuti ucapan balas oleh pengerusi JCM, Abd Jalil Kamaluddin.

Sebelum program berakhir, penyerahan sumbangan beras kepada komuniti asnaf qariah Masjid Al Husna turut dilakukan.

Beras sumbangan Pertubuhan Kebajikan Richwell.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments