Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPemuliharaan spesis penyu Terengganu diperkasa dengan kesedaran pelajar

Pemuliharaan spesis penyu Terengganu diperkasa dengan kesedaran pelajar

Usaha pemuliharaan pelbagai spesis penyu di Terengganu akan diperkasakan dengan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terutama golongan pelajar.

Justeru, sekolah-sekolah antarabangsa di negara ini akan dijemput untuk menjalin kerjasama dalam merealisasikan usaha berkenaan secara holistik.

Ia susulan kejayaan Highlands International Boarding School dalam menganjurkan program berkenaan buat kali ketiga di Pusat Sentuary Ma’ Daerah, Kerteh serta sebuah resort terkemuka di Kijal, Kemaman membabitkan pelajar dari pelbagai latarbelakang.

Menurut Presiden APHEM, K. Haridas, penyu mewakili kehidupan dan wajar diawasi, dilindungi dan pulihara.

“Kami mahu generasi muda dari awal lagi mengetahui kehidupan habitat ini dan melindunginya.”

Pendaratan penyu antara bulan April hingga September setiap tahun menyaksikan jumlah penyu bersarang di pusat berkenaan merekodkan jumlah yang tidak seimbang .

Menurut penyelia di pusat itu, Muhammad Saharuddin Abd Manaf, tahun lalu, ia mencapai dalam hampir 900 ekor nsik ke pantai dan jumlah itu berkurangan di semua tempat.

Penyu yang mendarat kebiasaannya, adalah dari jenis Agar.

Antara spesis penyu lain yang mendarat di pantai Terengganu termasuk Belimbing, Karah dan Lipas.

Pusat pemuliharaan berusia 25 tahun ini dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 malam dan dikawal selia enam kakitangan termasuk empat ranjer.

Manakala Dana pemuliharaan santuari dibiayai oleh Kerajaan Negeri, NGO, Petronas, Ineos dan Tabung Hidupan Liar Sedunia(WWF).–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments