SHAH ALAM, 9 Julai 2024 – Pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif, Pengajian Seni Liberal Semester Tiga di Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Program Mentor Mentee 2024, bertajuk Laila Al-Ma’idah baru-baru ini.
Turut diraikan 25 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah.
Menurut penasihat program, Ts. Azroz Mohd, program ini adalah sebahagian daripada penilaian subjek praktikal di bawah bidang Pengurusan Industri Kreatif UiTM.
Para pelajar mengambil peluang itu untuk meraikan anak-anak yatim sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat Kolej Pengajian Seni Kreatif, di samping bermesra dan berkongsi juadah serta mencipta kenangan berharga bersama mereka.
Bertemakan Islam Arabian Night, program itu menampilkan pelbagai persembahan kerohanian, budaya, dan warisan.
Ia juga memberi ruang kepada pelajar dan pensyarah untuk berinteraksi dan merapatkan ukhuwah.
Program itu membabitkan empat program utama.
Ia mencakupi Pengurusan Industri Kreatif, Pengurusan Produksi Filem, Penulisan Kreatif, dan Penulisan Skrin, melibatkan pelajar dari diploma hingga ijazah semester satu hingga empat, bersama 25 pensyarah akademik dari Pengajian Seni Liberal.
Seramai 34 pelajar turut serta dalam program berkenaan.
Ts. Azroz Mohd turut memberitahu The Malaya Post, kesungguhan pelajar dalam mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan semangat belajar serta membentuk identiti diri yang unggul adalah amat membanggakan pihak UiTM.
Program Mentor Mentee 2024 adalah acara kemuncak Gempita 4.0, yang berlangsung dari 26 hingga 29 Jun di UiTM Puncak Perdana.
Program ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Dekorasi Qasr dan Pertandingan Pakaian Terunggul “Malik dan Malika”, memberikan kenangan manis kepada semua tetamu yang hadir.–THE MALAYA POST
https://themalayapost.my/persatuan-jom-cuci-masjid-jcm-ke-perlis-untuk-aktiviti-kali-ke-50/
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply