Permohonan Geran Khas Prihatin ditutup esok

0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan tarikh akhir untuk permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) ialah pada 15 Mei 2020.

Sehubungan itu, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu https:/lgkp.hasil.gov.my.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2848607258541537&id=181293031939653?sfnsn=mo

Permohonan yang dihantar secara manual tidak akan diterima dan LHDNM akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka akan dibuat pada hujung bulan Jun 2020.

PKS mikro boleh merujuk ‘Soalan Lazim (FAQ) GKP’ yang dimuatnaik pada portal rasmi GKP untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas seperti berikut: htps:/gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/Soalan_Lazim GKP.pdf

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP juga boleh dimajukan terus kepada LHDNM melalui :

i. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/ 603-89111100 (Luar Negara)

ii. HASiL Live Chat

iii. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https:/maklumbalaspelanggan.hasil.gov.myMaklumBalas/ms-my

iv. Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu :
Facebook https://www.facebook.com/LHDNM, Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply