Friday, June 14, 2024
HomeBERITAPenyebab dan cara mengatasi Breath-Holding Spell pada anak-anak

Penyebab dan cara mengatasi Breath-Holding Spell pada anak-anak

Apakah itu Breath-Holding Spell?

Breath-Holding Spell keadaan yang berlaku akibat anak menangis akibat sakit, marah, kecewa, takut atau tantrum.

Kanak-kanak ini pada mulanya menangis sehingga mukanya berubah menjadi merah (ada juga yang tidak menangis tetapi terus menahan nafasnya).

Apabila ini berterusan, dia mula menahan nafasnya sehingga mengakibatkan bibirnya menjadi biru.

Jika kanak-kanak itu terlalu lama menahan nafasnya, kulitnya boleh bertukar menjadi biru (sesetengahnya bertukar menjadi pucat) dan kanak-kanak tersebut boleh tidak sedarkan diri. Menakutkan, bukan?

Para ibu bapa dan juga para penjaga perlu tahu bagaimana menangani ‘Breath-Holding Spell’ jika berlaku ke atas anak-anak.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau berkata kanak-kanak tidak dapat mengawal perkara berkenaan dari berlaku.

Oleh itu ibu bapa perlu memantau dan pastikan emosi anak terjaga dengan baik kerana gangguan pada emosi anak yang akan menjadi salah satu penyebab ‘Breath-Holding Spells’ ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3080902861931439&id=100000352658144

“Kesian kat mak mak yang pernah nampak anak kena Breath-Holding Spells ni depan mata kepala sendiri malah ramai benar yang mengadu dah jadi trauma tiap kali dengar anak nangis. Takut sangat benda mengerikan tu jadi balik pada anak”, ujar beliau.

Menurut beliau, Breath-Holding Spells ini boleh berlaku pada kanak-kanak yang sihat dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun.

Malah lebih kerap berlaku pada ahli keluarga yang turut mengalami Breath-Holding Spells, anak yang mempunyai genetic problem dan kekurangan sel darah merah (anemia).

Selalunya gejala ni berlaku apabila si kecil berada dalam mood ketakutan, terkejut yang amat sangat, kesakitan, frustrated atau terlampau sedih namun sebenarnya itu adalah involuntary reflex dan biasanya kanak-kanak yang mengalaminya akan bernafas balik macam biasa dalam masa kurang satu minit.

Ianya tak memudaratkan si kecil atau kacau perkembangan otaknya, namun ia akan jadi suatu pengalaman yang tak kan kita dapat lupakan.

Antara tindakan yang perlu ibu bapa ambil ketika berdepan dengan keadaan atau situasi jika anak anak terkena Breath-Holding Spells adalah:

1. Tenangkan diri sendiri dan jangan panik.

2. Baringkan anak dalam posisi mengiring dan di tegaskan agar tidak menggoncangkan badan si kecil.

3. Pastikan tiada sebarang objek atau makanan berada didalam mulut si kecil kerana ianya boleh membuatkannya tercekik masa tempoh dia tak bernafas tu.

4. Alihkan barang yang ada kat keliling dia waktu tu bagi mengelakkannya terkena objek yang berbahaya sekiranya tiba-tiba dia mengalami sawan.

Berhati-hati sekiranya si kecil tak bernafas balik macam biasa lebih 1 minit, kena cepat-cepat berikan bantuan kecemasan.

Kebiasanya ibu bapa yang telah mempunyai pengalaman berdepan situasi ini lebih tenang dan tahu apa nak buat jika ia berlaku lagi dan beliau turut menasihatkan ibu bapa yang pertama kali jumpa keadaan ni, segeralah bawalah si kecil ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan.

Ianya sangat penting mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku bukan sawan dan juga bukan berpunca daripada penyakit jantung.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments