Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKementerian Pendidikan Malaysia nafi hanya pelajar tingkatan lima dan enam memulakan sesi...

Kementerian Pendidikan Malaysia nafi hanya pelajar tingkatan lima dan enam memulakan sesi persekolahan tahun ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menafikan khabar angin berkenaan sekolah akan dibuka hanya bagi pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 sahaja pada tahun 2020 manakala pelajar dan murid yang lain akan memulakan sesi persekolahan pada tahun 2021 seperti yang telah tular di laman media sosial.

KPM turut menegaskan bahawa pihak kementerian akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya terdapat sebarang pemakluman berkaitan tarikh pembukaan sekolah.

[14 Mei 2020, 12:30 tengah hari]PEMAKLUMAN BERITA PALSUBerikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular…

Dikirim oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Rabu, 13 Mei 2020

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abdul Manap menafikan terdapat kes positif COVID-19 yang baharu di kawasan Pasar Awam Kuala Pilah dan mempunyai kaitan dengan kilang ayam di Pedas, Rembau seperti mana yang telah tular di media sosial .

Beliau turut menjelaskan kes positif COVID-19 terbaharu di Daerah Kuala Pilah pada 11 Mei lalu adalah melibatkan seorang warganegara Malaysia yang bekerja di sektor pembinaan.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk merujuk Telegram Rasmi MKN (https://t.me/MKNRasmi) untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

#tidakpastijangankongsi

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments