Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKadar kenaikan semakin perlahan, kes aktif semakin menurun

Kadar kenaikan semakin perlahan, kes aktif semakin menurun

Satu graf pencapaian kes harian, kumulatif dan aktif di Malaysia yang melandaikan lengkung (flattened the curve) telah dikeluarkan oleh pasukan Program Penyelidikan dan Sokongan Teknikal.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejak dari awal penularan wabak COVID-19, pihak KKM telah memaklumkan dan berkongsi kepada umum mengenai jumlah kes harian, jumlah kes kumulatif dan juga kes aktif secara harian.

Jika dilihat pada kes kumulatif (garisan hijau),jumlah kes berkenaan semakin meningkat namun kadar kenaikan didapati semakin perlahan.

Memandangkan jumlah kes harian (garisan biru) juga semakin berkurangan ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun (garisan kuning), sekaligus menunjukkan tindakan yang diambil setakat ini telah berhasil melandaikan lengkung (flattened the curve).

PENCAPAIAN MALAYSIA MELANDAIKAN LENGKUNG (FLATTENED THE CURVE)Sejak dari awal wabak COVID-19, KKM telah memaklumkan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 13 Mei 2020

Sebagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sebagai PKP 1, 2, 3, 4 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membantu memberi ruang bagi pihak kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti dan tindakan Kesihatan Awam untuk membendung penularan COVID-19.

Antara tindakan yang telah dilaksanakan bagi membendung penularan adalah dengan melaksanakan pengawalan pintu keluar masuk antarabangsa, penyaringan dan persampelan individu yang berkenaan, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan juga pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi.

Meskipun terdapat keberkesanan dalam menangani wabak berkenaan, namun orang ramai masih belum boleh bersikap sambil lewa dalam penjagaan keselamatan dan kesihatan diri.

Patuhi arahan, amalkan cara menjaga kebersihan, patuhi jarak sosial yang disarankan dan tetap berada di rumah jika tiada keperluan penting.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments