Thursday, July 11, 2024
HomeBERITAPerkahwinan meriah Ben Affleck-Jennifer Lofez

Perkahwinan meriah Ben Affleck-Jennifer Lofez

Hanya lebih sebulan selepas berkahwin di Las Vegas, pasangan popular Hollywood Ben Affleck dan Jennifer Lopez meraikan cinta mereka dengan  keluarga dan rakan mereka di Georgia pada Sabtu, 20 Ogos 2022.

Dengan kisah cinta peluang kedua, pasangan pengantin ini diraikan dalam majlis yang cukup meriah dan indah.

Memetik laporan media Hollywood, resepsi diadakan di rumah agam Ben di Riceboro, Georgia.

Lebih manis anak-anak kembar kesayangan Jennifer Lopez berusia 14 tahun Max dan Emme bersama bekas suami Marc Anthony dan anak-anak Ben Violet, Seraphina dan Samuel dengan bekas isteri Jennifer Garner, turut menghadiri majlis perkahwinan itu.

Rakan-rakan seperti Matt Damon dan isterinya Luciana Barroso muncul bersama ahli keluarga seperti ibu Jennifer, Guadalupe Rodríguez.

Walaupun adik lelaki Ben, Casey tidak dapat hadir kerana komitmen lain, ibunya Chris Anne hadir ke majlis resepsi berkenaan. Walaupun mengalami kecederaan, ibu Ben Affleck tetap hadir.

Hadir sama, rakan-rakan karib pasangan ini George Clooney, Jane Fonda, Renee Zellweger dan Jimmy Kimmel.

Bekas isteri Jennifer Garner tidak dapat hadir kerana terikat dengan jadual kerja.

Pasangan selebriti yang dikenali sebagai ‘Bennifer 2.0’ memukau penonton dengan Lopez memakai gaun couture putih Ralph Lauren yang mempesonakan, manakala Affleck kelihatan segak dengan tuksedo putih dan hitam.

Berita foto-foto yang dirakam media antarabangsa.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments