Monday, July 15, 2024
HomeBERITALaporan Audit Forensik mengenai kapal tempur pesisir pantai, LCS dimuatnaik di laman...

Laporan Audit Forensik mengenai kapal tempur pesisir pantai, LCS dimuatnaik di laman web rasmi PAC untuk diakses oleh pihak awam

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Laporan Audit Forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai kapal tempur pesisir pantai LCS, akan disiarkan untuk tatapan umum di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC.

Menurut satu kenyataan ringkas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Twitter sebentar tadi, ketetapan itu dibuat selaras keputusan Jemaah Menteri untuk ‘declassify’ Laporan Audit Forensik dalaman BHIC.

 

Dalam pada itu Lembaga Pengarah BHIC dalam satu kenyataan media telah bermesyuarat dan setuju dokumen tersebut dinyahklasifikasikan untuk diakses orang awam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Audit BHIC, Dr Salihin Abang, laporan yang dikemukakan hanya mengenai audit forensik LCS sahaja.

Tinjauan The Malaya Post mendapati maklumat berkenaan sudah dimuatnaik di pautan berikut dan ia boleh dimuatturun untuk rujukan umum.

https://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html?id=66

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments