Monday, May 27, 2024
HomeBERITAAbd Latiff sangkal tuduhan Rafizi

Abd Latiff sangkal tuduhan Rafizi

PUTRAJAYA, 22 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa individu bernama Zainab Mohd Salleh isteri kedua beliau.

Tegas Ahli Parlimen Mersing, sebagai anggota Kabinet, beliau bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjut.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.

Sebagai anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Rafizi mendakwa Zainab adalah isteri kedua Abd Latiff yang mempunyai syarikat palsu yang terlibat dalam ketirisan dalam skandal LCS.

Dakwa Rafizi, Datuk Dr Abd Latiff ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pertahanan dan bosnya adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments