Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAPerikatan Nasional negeri Perak usul tiga nama calon Menteri Besar

Perikatan Nasional negeri Perak usul tiga nama calon Menteri Besar

Pimpinan gabungan Perikatan Nasional (PN) negeri Perak mengusul tiga nama calon Menteri Besar untuk perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah hari ini.

Memetik kandungan surat yang diutuskan kepada Sultan Perak, gabungan PN bersetuju mencalonkan seorang ADUN daripada setiap parti komponen sebagai calon Menteri Besar untuk perkenan baginda.

Antara nama-nama yang dicalonkan ialah :

1) YB Dato’ Saarani bin Mohamad (UMNO) ADUN kota Tampan

2) YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu (PPBM) ADUN Chenderiang

3) YB Tuan Razman bin Zakaria (PAS) ADUN Gunung Semanggol

“Ehwal adalah patik-patik dengan segala hormat dan takzimnya merafakkan sembah memaklumkan bahawa pada 9 Mac 2020 Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada tiga komponen parti politik iaitu seramai 25 orang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), tiga orang Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan empat orang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah bersepakat dan bersetuju untuk membentuk satu gabungan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional (PN) selari dengan Kerajaan Persekutuan.

“Adalah patik-patik memaklumkan Perikatan Nasional (PN) telah mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

“Berdasarkan kepada persetujuan ketiga-tiga parti di bawah Perikatan Nasional (PN), patik-patik mohon sembah perkenan ke Bawah Duli Tuanku untuk perlantikkan Menteri Besar yang baharu dan akan menyokong sepenuhnya,” ulas lanjut kepimpinan PN.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments