Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Menteri Hal Ehwal Agama sambut saranan KKM

COVID-19 : Menteri Hal Ehwal Agama sambut saranan KKM

Menteri Hal Ehwal Agama menyambut saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memohon peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur bermula 28 Februari sehingga 1 Mac lalu untuk segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Tambah beliau, sekiranya pihak KKM mengesahkan wabak COVID-19 masih dalam keadaan terkawal, maka solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat antaranya:

1- Khutbah dipendekkan
2- Orang ramai berwuduk dari rumah
3- Mereka yang mempunyai simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang sakit.
4- Pihak masjid atau jemaah wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.

Namun jika pihak KKM mengesahkan wabak COVID-19 telah merebak tanpa terkawal:

1- Solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan di masjid namun wajib diganti dengan solat Zohor di kediaman masing masing
2- Dalam hal ini terdapat beberapa garis panduan;
a. Larangan tersebut perlu dikeluarkan oleh pemerintah yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
b. Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
c. Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 di tempat berkenaan.
d. Pihak yang bertanggungjawab seperti KKM telah menjalankan pemeriksaan yang rapi bagi jemaah yang menghadiri masjid ataupun surau tersebut dalam tempoh jangkaan penularan wabak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments