Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memulakan tugasnya dengan menunaikan solat dhuha di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Beliau tiba pada jam 8.45 pagi diiringi timbalannya, Ahmad Marzuki Shaary dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Paimuzi Yahya.
Selesai solat dhuha , Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengimamkan solat sunat bagi memohon menghindari penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin hari kian tersebar.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3163167187080395&id=654227084641097&sfnsn=mo
Majlis Tausiah ‘Am Agensi-Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri juga dianjurkan setelah selesai solat dhuha dimana boleh disaksikan secara langsung di rasmi Facebook Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=249662599383803&id=654227084641097&sfnsn=mo&d=n&vh=e
–THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply